PENGENALAN

Pejabat ini memainkan fungsi penting dalam menterjemahkan visi universiti yang berhasrat untuk terbang tinggi menjadi institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa yang melahir dan membentuk pemimpin yang bakat dan pemikirannya diasuh, diperkayakan dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang luhur. Pencapaian setinggi awan, akhlak semulia Rasul junjungan S.A.W. dan sentiasa berusaha memenuhkan ilmu di dada sepanjang kehidupannya. 

Pihak universiti menerusi fakulti-fakulti dan Pusat-pusat Tanggungjawab akan terus maju mengambil langkah yang proaktif dan responsif bagi memastikan perana Universiti Sultan Zainal Abidin sentiasa tangkas menurut lembut lenggok tarian zaman. Kualiti pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan, perkhidmatan iktisas dan terancang demi melahirkan modal insan yang berilmu, berdisiplin dan bertanggungjawab.

Laman web ini dibentuk untuk memudahkan pengunjung dari segenap pelusuk dunia mengenali Universiti Sultan Zainal Abidin secara lebih dekat dan seterusnya meneroka peluang untuk meningkatkan potensi diri dengan memanfaatkan kepakaran yabg ada di Universiti Sultan Zainal Abidin.


Profesor Dato' Dr. Fadzli bin Adam
NAIB CANSELOR UniSZA

Hubungi Kami

Pejabat Naib Canselor
Universiti Sultan Zainal Abidin
Aras 5, Bangunan Canselori Kampus
Gong Badak,  21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
09-668 8890
09-668 8891
logo3d left  

Lokasi

Pengunjung

003425