Aktiviti Unit Integriti

Program Bicara Integriti: Pengukuhan Governans, Integriti & Antirasuah telah berlangsung pada 5 Mac 2025 dengan penyampaian oleh Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM, Tuan Geoffrey Tawayan. Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman mengenai tadbir urus yang baik, nilai integriti, serta usaha pencegahan rasuah dalam organisasi. Pada 12 Mac 2025, TDM Berhad telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Unit Integriti, UniSZA. Delegasi ini diketuai oleh Encik Mohd Mardi bin Ismail, Ketua Pengurusan Risiko, Pematuhan, Integriti & Kelestarian. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan pelbagai inisiatif dan program kerjasama dalam usaha memperkukuh budaya integriti pada masa hadapan. Forum Kesedaran Anti Rasuah Perkasa Nilai Integriti di UniSZA 27 Mei 2025 | UniSZA Satu Forum Kesedaran Anti Rasuah telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Mei 2025, anjuran Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Unit Integriti (UI), Pejabat Naib Canselor, Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) serta Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM), UniSZA. Seminar Integriti & Ketelusan 2025 anjuran Unit Integriti, Pejabat Naib Canselor dan Unit Audit Dalam UniSZA telah menghimpunkan 119 peserta dari pelbagai agensi, termasuk warga UniSZA, pada 2 Julai 2025. Majlis dirasmikan oleh Naib Canselor, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam, bersama barisan Pengurusan Tertinggi sebagai simbol komitmen terhadap budaya integriti dan ketelusan. Lima penceramah jemputan berkongsi ilmu dan pengalaman dari pelbagai perspektif: Tuan PKPj Westmoreland Anak Ajom (SPRM), Encik Mohd Fisol bin Ismail (JAN), Datuk Dr. Tengku Naufal (DTE Consult / UniSZA), Dato’ Rosmadi bin Ghazalli (MYTAG / #RasuahBusters), Dato’ Prof. Dr. Mohd Farid Ravi (UIS) Seminar ini menjadi medan perkongsian ilmu dan sinergi antara agensi ke arah organisasi yang cekap, berakauntabiliti dan berintegriti tinggi. Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat atas kejayaan penganjuran seminar ini. Semoga ia terus menyemarakkan budaya integriti dan tadbir urus cemerlang di UniSZA. Bengkel Pengukuhan Governan,Integriti dan AntiRasuah Staf Pengurusan & Profesional UniSZA kerjasama Majlis Sambutan Hari Integriti Nasional 2025 Peringkat UniSZA 24 November 2025/Isnin Dewan Perdana, UniSZA Kampus Gong Badak Sambutan Hari Integriti Nasional 2025 Peringkat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berlangsung dengan jayanya dan penuh berinformasi pada 24 November 2025 bertempat di Dewan Perdana, UniSZA Kampus Gong Badak. Program ini dianjurkan oleh Unit Integriti, Pejabat Naib Canselor dengan kerjasama Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) selaku rakan strategik penganjuran. Majlis dirasmikan oleh YBrs. Encik Muzafar bin Mohd Din, Pendaftar UniSZA, yang mewakili YBhg. Profesor Dato’ Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor UniSZA. Program turut menampilkan penceramah jemputan yang tidak asing lagi, YM Datuk Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor, tokoh yang hebat dan berpengalaman dalam bidang integriti dan perundangan, yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah UniSZA. Perkongsian beliau telah membuka perspektif baharu serta memberi suntikan kesedaran di manakah kita sebagai warga UniSZA dalam memastikan integriti sentiasa diperkukuhkan dalam mendepani cabaran semasa negara dan sekaligus memperkukuhkan agenda pembinaan budaya kerja berintegriti tinggi dalam kalangan warga UniSZA. Seramai 400 peserta terdiri daripada Pengurusan Tertinggi, Ketua Pusat Tanggungjawab, Ketua Jabatan, pegawai, staf sokongan dan pelajar turut hadir menjayakan program ini. Antara objektif penganjuran program ialah untuk: ? Menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan integriti ? Memupuk budaya integriti dan nilai etika dalam kalangan warga UniSZA ? Mendukung agenda nasional ke arah tadbir urus yang telus dan berkesan Dengan tema “Integriti Teras Kesejahteraan Negara,” UniSZA terus komited memacu budaya kerja profesional, telus dan berakauntabiliti sebagai teras kecemerlangan institusi.

Mesej Integriti

Mesej Integriti UniSZA Bil. 1/2024 - Jauhi Dadah Mesej Integriti UniSZA Bil. 2/2024 - Ganjaran dan Pengiktirafan kepada Penjawat Awam yang Melaporkan Rasuah Mesej Integriti UniSZA Bil. 3/2024 - Keterhutangan yang serius Mesej Integriti UniSZA Bil. 4/2024 - Pemalsuan Dokumen Mesej Integriti UniSZA Bil. 5/2024 - Pekerjaan Luar Mesej Integriti UniSZA Bil. 6/2024 - Membudayakan Integriti di Bulan Puasa Mesej Integriti UniSZA Bil. 7/2024 - Ramadhan Madrasah Integriti Mesej Integriti UniSZA Bil. 8/2024 - Peraturan Kehadiran Bekerja Staf UniSZA Mesej Integriti UniSZA Bil. 9/2024 - Menerima Memberi Keraian Mesej Integriti UniSZA Bil. 10/2024 - Memalsukan Tandatangan Mesej Integriti UniSZA Bil. 11/2024 - Jenayah Gangguan Seksual Mesej Integriti UniSZA Bil. 12/2024 - Ibadah Korban Mendidik Jiwa Berintegriti (Pekerjaan sebagai Ibadah) Mesej Integriti UniSZA Bil. 13/2024 - Plagiat Mesej Integriti UniSZA Bil. 14/2024 - Rasuah Mesej Integriti UniSZA Bil. 15/2024 - Elakkan Memberi dan Menerima Hadiah Mesej Integriti UniSZA Bil. 16/2024 - Membocorkan Maklumat/Rahsia Terperingkat Adalah Satu Kesalahan Mesej Integriti UniSZA Bil. 17/2024 - Tidak Kerja Tiada Gaji Mesej Integriti UniSZA Bil. 18/2024 - Tahukah anda? mengemukkan Sijil Cuti Sakit Palsu adalah Satu Kesalahan!! Mesej Integriti UniSZA Bil. 19/2024 - Kerja Adalah Amanah Mesej Integriti UniSZA Bil. 20/2024 - Pernyataan Awam Mesej Integriti UniSZA Bil. 21/2024 - Kita Penjawat Awam, Jangan Macam Macam Mesej Integriti UniSZA Bil. 22/2024 - Hari AntiRasuah Antarabangsa Mesej Integriti UniSZA Bil. 1/2025 - Nilai Integriti Dalam Diri Penjawat Awam Mesej Integriti UniSZA Bil. 2/2025 - Rasuah bukan rezeki, tapi bala Mesej Integriti UniSZA Bil. 3/2025 - Ramadhan Mendidik Integriti, Prestasi Cemerlang Diredhai Mesej Integriti UniSZA Bil. 4/2025 - Syawal Dirai Integriti Dihayati Mesej Integriti UniSZA Bil. 5/2025 - Hentikan Surat Tanpa Nama, Cerita Tanpa Sahih! Mesej Integriti UniSZA Bil. 6/2025 - Ingat Ini Bukan Gurauan tapi Gangguan Mesej Integriti UniSZA Bil. 7/2025 - Integriti dan Pengorbanan Mesej Integriti UniSZA Bil. 8/2025 - Hati-hati dengan Hati Mesej Integriti UniSZA Bil. 9/2025 - Hentikan Gangguan Seksual!!! Mesej Integriti UniSZA Bil. 10/2025 - Hati-hati anda mungkin mangsa penipuan "orang ketiga" Mesej Integriti UniSZA Bil. 11/2025 - Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 68 Mesej Integriti UniSZA Bil. 12/2025 - Inkar Perintah, Integriti Tercalar Mesej Integriti UniSZA Bil. 13/2025 - Pemalsuan Dokumen adalah Satu Kesalahan Mesej Integriti UniSZA Bil. 14/2025 - Integriti Teras Kesejahteraan Negara Mesej Integriti UniSZA Bil. 15/2025 - Hak Mangsa Gangguan Seksual Mesej Integriti UniSZA Bil. 16/2025 - Anda Sudah Isytihar Harta? Mesej Integriti UniSZA Bil. 17/2025 - Jauhi Kemungkaran, Pelihara Kehormanian Mesej Integriti UniSZA Bil. 18/2025 - Selamat Menyambut Hari Antirasuah Antarabangsa 2025

Dokumen

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) AKTA BADAN-BADAN BERKANUN TATATERTIB DAN SURCAJ 2000 AKTA 605

Hubungi Kami

Pejabat Naib Canselor
Universiti Sultan Zainal Abidin
Aras 5, Bangunan Canselori Kampus
Gong Badak,  21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
09-668 8890
09-668 8891
logo3d left  

Lokasi

Pengunjung

074115