Fungsi

FUNGSI UTAMA

1) Menentukan misi, objektif dan hala tuju Universiti dan memberi kepimpinan untuk merealisasikannya serta
.....menentukan polisi dan fungsi agensi dalam semua bidang dan kegiatannya.

2) Memastikan bahawa peruntukan Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971, Akta Badan-Badan Berkanun
.....(Tatatertib dan Surcaj) 2000, Perlembagaan, Statut-Statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan
.....Universiti dipatuhi khususnya memastikan bahawa tiap-tiap pihak berkuasa sentiasa bertindak menurut
.....kuasa-kuasa dan tugas-tugas yang ditetapkan kepadanya.


3) Meneliti trend dan perkembangan terbaru dalam pendidikan tinggi dan industri dan bertindak sewajarnya.

4) Tertakluk kepada peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta Badan-Badan Berkanun
.....(Tatatertib dan Surcaj) 2000 dan Perlembagaan Universiti, menjalankan pengawasan am terhadap yang
.....berikut:
.....(a) Pentadbiran
..............i. Mewujudkan pentadbiran universiti yang cekap dan menjaga dan melindungi kepentingannya.
.............ii. Menyelaraskan operasi seluruh kegiatan universiti untuk menentukan universiti berfungsi sebagai
.................sebuah organisasi yang bersepadu dan berdaya maju.
............iii. Menentukan dan mengawal kualiti kerja, program akademik, pengajaran dan penyelidikan.

.....(b) Hal Ehwal Korporat
..............i. Meningkatkan imej universiti di dalam dan luar negeri.
.............ii. Menjalinkan perhubungan / rangkaian / kerjasama dengan institusi / industri di dalam dan luar
.................negeri.
............iii. Memupuk ikatan persahabatan dan kekitaan di kalangan seluruh warga Universiti dan
.................mempromosi misi universiti di kalangan kakitangan dan pelajar.


.....(c) Akademik
..............i. Memastikan semua program akademik yang ditawarkan sentiasa relevan dan berkualiti tinggi.

.....(d) Penyelidikan
..............i. Menggalakkan aktiviti penyelidikan dan perundingan di kalangan staf universiti.
.............ii. Meningkatkan keupayaan penyelidikan Universiti dari aspek infrastruktur kewangan dan latihan
.................sumber manusia.
............iii. Menggalakkan projek-projek penyelidikan secara usaha sama dengan institusi luar.

.....(e) Pembangunan
..............i. Membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang infrastruktur berteraskan keperluan
.................pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.

.......(f) Kewangan
..............i. Merancang dan mengawal kewangan universiti secara am.
.............ii. Memastikan Universiti mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti
.................pengurusan dan pembangunan Universiti.
............iii. Memastikan sumber kewangan Universiti diurus dengan cekap dan berkesan.

......(g) Sumber Manusia
..............i. Mengawasi secara am semua hal berkenaan sumber manusia termasuk tatatertib.
.............ii. Membuat perancangan jangka panjang dan jangka pendek pembangunan sumber manusia
.................berteraskan keperluan pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.

.......(h) Hal Ehwal Pelajar
..............i. Menjaga kebajikan pelajar dan menjadi pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pelajar.


5) Mengawasi pentadbiran dan pengurusan kolej-kolej kediaman Universiti.

Print Email