Program Bicara Integriti: Pengukuhan Governans, Integriti & Antirasuah telah berlangsung pada 5 Mac 2025 dengan penyampaian oleh Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM, Tuan Geoffrey Tawayan. Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman mengenai tadbir urus yang baik, nilai integriti, serta usaha pencegahan rasuah dalam organisasi.
Pada 12 Mac 2025, TDM Berhad telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Unit Integriti, UniSZA. Delegasi ini diketuai oleh Encik Mohd Mardi bin Ismail, Ketua Pengurusan Risiko, Pematuhan, Integriti & Kelestarian.
Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan pelbagai inisiatif dan program kerjasama dalam usaha memperkukuh budaya integriti pada masa hadapan.
Forum Kesedaran Anti Rasuah Perkasa Nilai Integriti di UniSZA
27 Mei 2025 | UniSZA
Satu Forum Kesedaran Anti Rasuah telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Mei 2025, anjuran Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Unit Integriti (UI), Pejabat Naib Canselor, Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) serta Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM), UniSZA.
Hubungi Kami
Pejabat Naib Canselor
Universiti Sultan Zainal Abidin Aras 5, Bangunan Canselori Kampus
Gong Badak, 21300 Kuala Nerus Terengganu Darul Iman