Biodata Ringkas Mantan Naib Canselor ke 3

 

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif dilahirkan pada 30 April 1961 di Pekan Bukit Payung, Marang,Terengganu. Beliau merupakan bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1974 hingga tahun 1978 dan juga lulusan kedoktoran dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-1986).

Pada tahun 1992, beliau menjadi Fellow Royal College Of Surgeons Edinburgh dan telah menerima Ijazah Sarjana Perubatan (Surgeri) daripada Universiti Malaya pada tahun 1993. Beliau berpengalaman dalam perkhidmatan perubatan lebih dari 30 tahun termasuk di Hospital Kuala Terengganu, Hospital Daerah Kemaman, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Selain bertugas sebagai “Lead Neurosurgeon in Radiosurgery” di Institut Kanser Negara, Putrajaya dan Hospital Kuala Lumpur, serta Ketua Jabatan Neurosurgery Hospital Kuala Lumpur pada tahun 2000, beliau juga diamanahkan sebagai Timbalan Ketua Kluster bagi Kluster Perubatan dan Sains Kesihatan, Majlis Profesor Negara. Di peringkat antarabangsa, beliau pernah menjadi perunding dan fellow di United Kingdom, Australia dan Germany.

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi juga pernah menjadi koordinator program akademik Neurosurgeri Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2001, Ketua Perkhidmatan Surgery di Universiti Teknologi Mara, beliau juga pernah berkhidmat sebagai “Visiting Neurosurgeon” di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia serta ahli panel penilai bagi Kementerian Pendidikan Tinggi. Beliau merupakan “Founding Dean” Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UniSZA dan pada tahun 2013, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Pusat Pembangunan Hospital UniSZA.

Pada tahun 2015, beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pembinaan Hospital Pengajar UniSZA. Kini, bermula 1 Februari 2016 beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor Ke-3 UniSZA.

Cetak Emel