Ilmu & Akhlak

 

    Bicara Naib Canselor

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

    VCZubaidiPejabat ini memainkan fungsi penting dalam menterjemahkan visi universiti yang berhasrat untuk terbang tinggi menjadi institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa yang melahir dan membentuk pemimpin yang bakat dan pemikirannya diasuh, diperkayakan dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang luhur. Pencapaian setinggi awan, akhlak semulia Rasul junjungan s.a.w. dan sentiasa berusaha memenuhkan ilmu di dada sepanjang kehidupannya.

    Pihak universiti menerusi fakulti-fakulti dan Pusat-pusat Tanggungjawab akan terus mengambil langkah yang proaktif dan responsif bagi memastikan peranan Universiti Sultan Zainal Abidin sentiasa tangkas menurut lembut lenggok tarian zaman. Kualiti pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan, perkhidmatan iktisas dan interaksi dengan industri/masyarakat sekitar diberi fokus yang meluas dan terancang demi melahirkan modal insan yang berilmu, berdisiplin dan bertanggungjawab.

    Laman web ini dibentuk untuk memudahkan pengunjung dari segenap pelusuk dunia mengenali Universiti Sultan Zainal Abidin secara lebih dekat dan seterusnya meneroka peluang untuk meningkatkan potensi diri dengan memanfaatkan kepakaran yang ada di Universiti Sultan Zainal Abidin.

    Tasik UniSZA Airnya Biru,
    Dipancar Matahari Warnanya Gangsa,
    Ayuh Pemuda/i Sampaikan Seru,
    Menjunjung Maruah Martabat Bangsa.

    Daun Hijau Lembut Berbicara,
    Menyapa Kenari di Pohon Ara,
    Mahasiswa/i Bijaksana Tegaklah Negara,
    Berteknologi Tinggi Akhlak Terpelihara.

    Membidik Panah Sasaran Dituju,
    Gelanggang UniSZA Bergema Suara,
    Fizikal Sihat Berfikir pun laju,
    Hujung Semester Menjadi Juara.


    Ilmu & Akhlak

    Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif
    Naib Canselor

    PrintEmail